Thursday 21 March 2013

Hebatnya khasiat brokoli dan bayam.

Dr.Micheal Grusack, yang berkhidmat sebagai psikologi tanaman di Pusat Penyelidikan Khasiat Kanak-kanak, Kolej Perubatan Baylor, Amerika Syarikat menegaskan,"Brokoli dan bayam mempunyai khasiat yang tidak tertanding. Kedua-duanya kaya dengan serat, vitamin dan zat galian serta rendah kandungan kalorinya." Bayam kaya dengan zat besi, folik, vitamin  A, manakala brokoli pula kaya dengan vitamin C, vitamin B, dan kalsium. Kandungan glukosinolit dalam brokoli dapat memberikan daya tahan daripada penyakit barah. Brokoli juga mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin C, potassium, asid folik dan serat. Ia bukan sahaja kaya dengan khasiat antiokosidan seperti beta karotin dan asid folik yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Secara tidak langsung enzim yang dihasilkan daripada khasiat brokoli dapat mencegah diabetes, sakit jantung, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin C dalam brokoli lebih banyak berbanding buah oren.

Bayam yang dipercayai berasal dari Persia ditanam dalam pelbagai jenis spesies. Bayam di negara Barat boleh dimakan mentah dalam hidangan salad. Berbeza dengan bayam di negara kita yang biasanya akan dijadikan hidangan bertumis ataupun berair. Apa pun, bayam juga mempunyai khasiat setanding brokoli. Dr.Chiu-Nan Lai dari hospital M.D Anderson dan Institut Tumor di Houtson,Amerika Syarikat, mendapati khasiat dalam bayam boleh mencegah penyakit barah. Kandungan beta karotin dalam sel daun bayam boleh mengurangi risiko penyakit barah paru-paru, Kandungan beta karotin dalam menormalkan sel tubuh dan mencegah proses mutasi dalam badan yang boleh menyebabkan barah. Selain itu, mereka yang selalu makan sayur bayam juga dapat memperlahankan proses ataupun mencegah kekaburan pada mata hitam. Pakar mata daripada pusat kesihatan mata dan telinga di Massachusetts, Johanna M.Sedon telah menjalankan teori terhadap 356 lelaki dan wanita berusia sekitar 55 hingga 80 tahun mendapati mereka yang banyak makan bayam dapat mengurangkan masalah penglihatan yang kabur pada usia tua.Bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes digalakkan makan banyak bayam ataupun minum air daripada daun bayam yang dikisar kerana ia dapat meneutralkan kandungan gula berlebihan dalam darah.

sumber:SAJI Dec,2004

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.