Thursday 26 September 2013

Buah nangka

Buah nangka atau nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus mempunyai kulit yang kasar dan tebal serta
mempunyai banyak biji di dalam.
Pokok nangka tumbuh dengan baik di pelbagai jenis tanah di kawasan tanah di kawasan tanah rendah tropika tetapi ia tidak tahan kemarau atau banjir. Di Malaysia, kedua-dua buah yang mentah dan masak digunakan dalam masakan manakala kayu nangka juga penting di India dan Sri Lanka sebagai bahan untuk membuat perabot, bahan binaan dan alat muzik.
Nangka mempunyai khasiat perubatan dari daun hingga akarnya. Orang cina menganggap isi dan biji nangka menyejukkan dan menjadi tonik berzat yang dapat mengatasi masalah alkohol dalam sistem badan. Kanji biji nangka digunakan untuk melegakan penyakit hempedu manakala biji yang dipanggang dianggap sebagai afrodisiak. Abu daun nangka yang dibakar dengan jagung dan tempurung kelapa diguna secara berasingan atau sebagai campuran dengan minyak kelapa untuk merawat ulser atau barah.
Selain itu, getah nangka apabila dicampur dengan cuka boleh mengubati penyakit yang bernanah, patukan ular dan bengkak kelenjar. Manakala akarnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit kulit, lelah, demam dan cirit-birit. Kulit nangka boleh dibuat demah manakala daun yang disalai digunakan untuk mengubati luka. Di samping itu, kayu nangka mempunyai ciri sedatif, empulurnya dikatakan boleh menyebabkan keguguran.


sumber: SAJI April 2007

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.