Monday 23 December 2013

Buah Naga pengawal kolestrol

Buah naga atau dragon fruit mendapat nama kerana kulit luarnya berwarna merah dan ia mempunyai sayap seperti seekor naga.Dikenali juga dengan nama saintifiknyaa Epiphytes atau Pitaya, buah naga berasal dari Amerika Selatan.Walaupun rupa buah ini ganjil,namun begitu buah yang tergolong dalam keluarga cactacea yang tergolong dalam spesies kaktus ini sebenarnya kaya dengan khasiat.

Tanaman ini juga mendapat gelaran 'Queen of the Night', 'Moonflower' dan 'Lady of the Night' kerana bunganya yang besar dan hanya akan berkembang pada waktu malam.Pokok bunga naga hanya akan berbunga tiga hingga enam kali setahun.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi.Terdapat pelbagai variati buah naga.Tetapi yang paling popular adalah daripada variati Yellow Dragon Fruit, Vietnam Dragon Fruit, dan Red Dragon Fruit.Terdapat dua jenis isi buah naga iaitu isi yang berwarna putih dan isi yang berwarna merah.Menurut pakar pemakanan, buah naga daripada jenis isi  berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Menurut kesusasteraan Aztec, buah naga mula diperoleh sejak kurun ke-13.Di negara Vietnam, tempat di mana buah naga ditanam secara besar-besaran, ia dikenali sebagai thang loy.Dipercayai, buah ini telah diperkenalkan ke Vietnam oleh orang Perancis.

Di Malaysia sendiri, buah ini dikatakan telah diperkenalkan pada tahun 1999 di Sitiawan,Johor dan Kuala Pilah.Colombia dan Nicaragua adalah antara negara yang buahnya ditanam untuk tujuan komersial.

Kawasan ini sesuai ditanam kerana buah  naga memerlukan cuaca panas.Penanaman buah naga amat berpotensi tinggi kerana ia banyak dihasilkan dalam pembuatan jus, wain dan pewarna.Apa yang paling penting, nilai perubatan yang tinggi dalam buah naga buah naga membuatkan semakin ramai yang menggemarinya.

Anda dikatakan boleh kekal sihat dengan memakan buah naga segar mahupun yang telah dikeringkan.Bagi mereka yang menderita penyakit diabetes, pengambilan buah naga segar atau dikeringkan mampu menjamin pengawalan glukos darah.

Secara asasnya, buah naga kering lebih 10 kali lebih sedap daripada yang segar kerana ia kenyal dan sedap untuk dikunyah.Di Taiwan, buah naga digunakan oleh pesakit diabetes sebagai pengganti nasi dan untuk menaikkan kandungan serat dalam pemakanan seharian mereka.

Kurangkan lemak

Buah naga amat tinggi dan pekat kandungan vitamin C, mineral-mineral dan merangsang kandungan serat yang tinggi.Kandungan vitamin C yang tinggi dikatakan mampu menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat.

Buah naga juga kaya dengan fitoalbumin.Zat-zat ini adalah amat penting dan terkenal di dunia dengan antioksidan yang mampu membantu mencegah pembentukan radikal-radikal bebas yang menyebabkan kanser.

Selain itu, buah naga juga mengandungi kandungan zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 (untuk mengawal kepanasan badan), vitamin B2 (untuk menambah selera), dan vitamin B3 (untuk menurunkan kadar kolesterol).

Selain berkhasiat dan sedap dimakan, terdapat kepentingan lain untuk memakan buah naga.Karotena yang terdapat di dalam buah naga mampu mengekalkan dan memperbaiki kesihatan mata.Serat yang terdapat pada pada buah ini pula membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat.Manakala fosforus yang terdapat dalam buah ini pula membantu pembentukan tisu.

Walaupun terdapat pelbagai zat dan khasiat buah naga, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pakar perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.



sunber: oct 2011 mingguan wanita

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.