Thursday 26 December 2013

Rahsia cendawan

Cendawan merupakan sejenis kulat yang diiktiraf sebagai herba yang sangat berguna kepada manusia.Ia tumbuh di atas tanah atau sumber nutreinnya. Sesetengahnya tumbuh meliar namun kini manusia giat menanam tumbuhan ini untuk dimakan atau tujuan perubatan. Tidak semua cendawan boleh dimakan kerana ada juga yang beracun. Kajian mendapati cendawan mampu mengurangkan gula, menambahkan insulin dalam darah, membunuh beberapa  virus yang menyebabkan penyakit berjangkit dan sebagai agen mempertahankan badan daripada serangan barah.

Cendawan  Shiitake
Ia biasanya dimakan sebelum bahagian bawahnya berubah warna. Ada yang menyukainya dalam bentuk kering berbanding segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Mempunyai pelbagai khasiat dan nilai perubatan kerana kandungan pelbagai asid amino, vitamin A,B,B12,C,D dan niasin. Kajian mendapati kebaikkannya adalah disebabkan bahan aktif lentinan di dalamnya. Ia mampu memberikan tenaga kepada sistem imun untuk menentang jangkitan dan penyakit.Cendawan ini juga digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus,serviks,payudara, merencatkan kanser dan pelbagai lagi.

Cendawan Kukur
Nama saintifiknya ialah Schizophyllun Commune. Ia merupakan sejenis cendawan klasik yang mudah ditemui pada kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Sifatnya yang lasak memudahkan ia tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan di dalam ubat antitumor dan kanser. Ia juga membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, antiradang, antibakteria, antiparasit dan melindungi hati.


Cendawan Jarum Emas
Ia dipercayai meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain bertindak sebagai agen antiradang dan aktiviti pelindung gen (menghalang kerosakkan DNA ),cendawan ini juga merupakan agen toksik kepada sel tumor.







Cendawan Ling Zhi
Nama saintifiknya ialah Ganoderma Lucidium. Juga dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun. Ia sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan khasiat perubatan yang sangat tinggi. Ia tumbuh liar di kawasan hutan dan sukar didapati. Selain itu, cendawan ini melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik, untuk selesema, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.

Cendawan Bunga Kobis
Nama saintifiknya ialah Hercium Erinaceu. Membantu pertumbuhan dan rawatan penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan alzheimer. Ia juga menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta meningkatkan sistem imuniti.







Cendawan Tiram
Juga dikenali sebagai Abalone. Ia dikatakan berupaya mengawal aliran dan merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti untuk melawan jangkitan virus dan bakteria serta menghalang pertumbuhan tumor serta sebagai agen antioksida.






sumber : rapi 15 mei 12.








No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.